Khamis, Februari 24, 2011

Bab 5 - Din Cun Mencuri Padi

Bab 5 menceritakan bagaimana Din Cun ditangkap polis kerana mencuri tiga guni beras. Bab ini juga menceritakan tentang Ah Cai dan Linggam ditangkap Salim merokok di tandas.


Berdasarkan perbincangan yang dijalankan, nyatakan kesan-kesan merokok di wallwisher berikut:

http://www.wallwisher.com/wall/kesanmerokok

Di blog individu, buat satu refleksi terhadap tindakan Salim melaporkan hal berkenaan merokok kepada gurunya. Adakah tindakannya itu betul? Apakah kesannya terhadap diri Salim dan juga Ah Cai dan Linggam?

Refleksi kamu ini haruslah dimuatnaikkan selewat-lewatnya pada hari Selasa, 1 Mac.

Selamat mencuba!

Khamis, Februari 10, 2011

Perbincangan 1

Salam murid-murid,

Bahagian A:

Berdasarkan perbincangan mengenai Bab 3 dan Bab 4 dalam buku Buang Yang Keruh; bincangkan perasaan kamu apabila telah melakukan satu kesalahan dan apakah jenis hukuman yang kamu rasa yang patut dijalankan sejajar dengan kesalahan yang dibuat itu.

Berikan komen kamu di bawah.
Kamu boleh gunakan soalan-soalan di bawah ini sebagai panduan.

1) Apakah kesalahan yang telah kamu lakukan?
2) Apakah hukuman yang patut diberikan sejajar dengan kesalahan itu?
3) Berikan sebab mengapa.

Bahagian B:

Berikan pendapat kamu di wallwisher berikut:
http://www.wallwisher.com/wall/hukuman

Selamat Mencuba!