Rabu, April 06, 2011

Kampung Lorong Buangkok

Salam murid-murid,

Sila klik ke pautan ini untuk melihat album Kampung Lorong Buangkok.


Kampung Lorong Buangkok

Jika kamu ingin muat turun gambar yang diperlukan, gunakan panduan berikut:

Choose picture ----> Right Click ----> Save Picture As

dan simpan gambar itu di folder kamu.

Khamis, Mac 24, 2011

Latihan Bahasa

Salam murid-murid,

Latihan kali ini memerlukan kamu merujuk kepada lelaman ini untuk mencari makna bagi perkataan yang baharu kamu pelajari. Kenalpasti juga 2 jenis imbuhan yang lain yang boleh digunakan pada Kata Dasar itu.


Pautannya:

http://prpm.dbp.gov.my/

Selamar mencuba!

Khamis, Mac 10, 2011

Ciri-ciri Ketua Yang Baik

Berdasarkan Bab 6 - Lazarus menjadi Ketua Darjah,

nyatakan sebab-sebab mengapa Qayyum harus diberi peluang menjadi ketua darjah. Berikan ciri-ciri Qayyum yang akan menjadikannya seorang ketua darjah yang baik.

Berikan respons kamu di bawah.

Jumaat, Mac 04, 2011

Berani Kerana Benar

Salam murid-murid,

Berdasarkan video yang kamu tonton itu, berikan pandangan kamu di wallwisher berikut:

Bahagian 1 - Berikan pandangan kamu mengenai keadaan Helmi.
http://www.wallwisher.com/wall/integriti1

Bahagian 2 - Patutkah Nilam mendiamkan diri? Mengapa? Berikan pandangan kamu.
http://www.wallwisher.com/wall/integriti2


Selamat mencuba!

Khamis, Februari 24, 2011

Bab 5 - Din Cun Mencuri Padi

Bab 5 menceritakan bagaimana Din Cun ditangkap polis kerana mencuri tiga guni beras. Bab ini juga menceritakan tentang Ah Cai dan Linggam ditangkap Salim merokok di tandas.


Berdasarkan perbincangan yang dijalankan, nyatakan kesan-kesan merokok di wallwisher berikut:

http://www.wallwisher.com/wall/kesanmerokok

Di blog individu, buat satu refleksi terhadap tindakan Salim melaporkan hal berkenaan merokok kepada gurunya. Adakah tindakannya itu betul? Apakah kesannya terhadap diri Salim dan juga Ah Cai dan Linggam?

Refleksi kamu ini haruslah dimuatnaikkan selewat-lewatnya pada hari Selasa, 1 Mac.

Selamat mencuba!

Khamis, Februari 10, 2011

Perbincangan 1

Salam murid-murid,

Bahagian A:

Berdasarkan perbincangan mengenai Bab 3 dan Bab 4 dalam buku Buang Yang Keruh; bincangkan perasaan kamu apabila telah melakukan satu kesalahan dan apakah jenis hukuman yang kamu rasa yang patut dijalankan sejajar dengan kesalahan yang dibuat itu.

Berikan komen kamu di bawah.
Kamu boleh gunakan soalan-soalan di bawah ini sebagai panduan.

1) Apakah kesalahan yang telah kamu lakukan?
2) Apakah hukuman yang patut diberikan sejajar dengan kesalahan itu?
3) Berikan sebab mengapa.

Bahagian B:

Berikan pendapat kamu di wallwisher berikut:
http://www.wallwisher.com/wall/hukuman

Selamat Mencuba!

Isnin, Januari 17, 2011

Kata Nama Khas & Kata Tunggal

Salam murid-murid,


Hari ini kita telah pun berbincang mengenai Kata Nama Khas dan Kata Tunggal.

 
Berikut adalah penerangan ringkas mengenai Kata Nama Khas:


Kata Nama Khas merupakan rujukan khusus pada sesuatu kata nama. Dalam penulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.


Cuba kamu berikan 2 Kata Nama Khas yang bersifat hidupan dan juga benda dalam wallwisher berikut:
http://www.wallwisher.com/wall/katanamakhas


Peneringan ringkas mengenai Kata Tunggal:


Kata Tunggal merupakan perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau gandaan dan rangkaian. Ia boleh berdiri dengan sendiri atau dimasukkan ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap.


Berikan 1 Kata Tunggal dalam wallwisher berikut:
http://www.wallwisher.com/wall/katatunggal


Selamat mencuba!


Cikgu