Isnin, Januari 17, 2011

Kata Nama Khas & Kata Tunggal

Salam murid-murid,


Hari ini kita telah pun berbincang mengenai Kata Nama Khas dan Kata Tunggal.

 
Berikut adalah penerangan ringkas mengenai Kata Nama Khas:


Kata Nama Khas merupakan rujukan khusus pada sesuatu kata nama. Dalam penulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.


Cuba kamu berikan 2 Kata Nama Khas yang bersifat hidupan dan juga benda dalam wallwisher berikut:
http://www.wallwisher.com/wall/katanamakhas


Peneringan ringkas mengenai Kata Tunggal:


Kata Tunggal merupakan perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau gandaan dan rangkaian. Ia boleh berdiri dengan sendiri atau dimasukkan ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap.


Berikan 1 Kata Tunggal dalam wallwisher berikut:
http://www.wallwisher.com/wall/katatunggal


Selamat mencuba!


Cikgu

Jumaat, Januari 14, 2011

Bercakap Dengan Sopan (CME) - Wallwisher

Salam murid-murid,

Kamu baharu sahaja menjalani pembelajaran sivik dan pendidikan moral secara aktif tadi. Cuba kamu nyatakan apa yang kamu pelajari melalui aktiviti tadi dan apa yang kamu gemar tentang aktiviti itu.

Catatkan pandangan kamu di laman ini:
http://www.wallwisher.com/wall/jumaat14jan2011 


Cikgu

Rabu, Januari 12, 2011

Kata Nama Am - Wallwisher

Salam murid-murid,

Seperti yang dibincangkan semalam mengenai Kata Nama Am, jangan lupa mencatatkan 1-2 Kata Nama Am yang boleh didapati di dalam bilik darjah di laman ini:

Kelas Cikgu Zuraidah - http://www.wallwisher.com/wall/katanamaam
Kelas Cikgu Alfida - http://www.wallwisher.com/wall/p4katanama

Peringatan - Harap peka akan ejaan yang ditaip.

Cikgu

Isnin, Januari 10, 2011

Kegiatan Kokurikulum

Salam murid-murid,

Cikgu pasti kamu telah pun membuat pilihan bagi aktiviti kokurikulum yang ingin kamu sertai tahun ini.

Tulis sebuah jurnal mengenai pilihan kamu itu. Nyatakan sebab pemilihan itu dan ceritakan apakah yang menarik tentang kokurikulum itu.

Kamu juga boleh turut membuat refleksi akan aktiviti kokuikulum yang kamu sertai tahun lalu. Kamu boleh gunakan soalan-soalan berikut sebagai panduan:

1) Apakah aktiviti kokurikulum yang akan/telah kamu sertai?
2) Apakah yang menarik mengenai aktiviti itu?
3) Apakah sumbangan kamu kepada aktiviti kokurikulum itu?
4) Apakah yang kamu pelajari dari aktiviti itu?

Cikgu

Jumaat, Januari 07, 2011

Salam Sejahtera

Murid-murid,

Wadah ini akan digunakan sebagai satu saluran pembelajaran Bahasa Melayu. Semoga murid-murid dapat memanfaatkan wadah ini dan menggunakan ia dengan sebaik mungkin.

Segala tugasan talian dan pengumuman akan disalurkan melalui blog ini. Murid boleh mengemukakan pertanyaan atau memberikan komen di ruang yang disediakan. Kami akan cuba menjawab setiap soalan yang diaju. Jika kamu bisa menjawab soalan-soalan yang dikemukan teman kamu itu, kamu digalakkan memberikan jawapan kamu itu. Murid juga digalakkan memberikan komen dan pandangan yang diberikan teman-teman kamu itu.

Blog merupakan jalinan talian yang akan menarik tatapan umum, maka kamu harus prihatin dalam memberikan komen, jawapan dan pandangan. Komen-komen yang disalurkan haruslah yang membina dan segala komen, jawapan dan pandangan yang diberikan haruslah ditaip dalam Bahasa Melayu dan pastikan penggunaan bahasa Melayu yang baik.

Salam sayang
Cikgu